Teknik Hafal Sifir Menggunakan Tangan

Hanya dengan menggunakan jari, anda boleh  menghafal sifir 9 dengan mudah. Bagaimana caranya?


Anda arahkan murid anda mengangkat kedua² belah tangan dan tunjukkan kesemua jari.


9 x 1 = 9

Mula-mula anda tutup ibu jari seperti di atas. Ini menunjukkan bahawa 9 didarab dengan 1 jawapannya ialah 9.


9 x 2 = 18

Seterusnya tutup jari telunjuk
seperti di atas. Ini menunjukkan 9 darab 2 bersamaan dengan 18.


9 x 3 = 27

Kemudian, tutup jari hantu
seperti di atas. Ini menunjukkan 9 darab 3 berjumlah 27.
 

Ulangi kesemua teknik sifir 9 dengan menggunakan jari ini sehingga 9 darab 10.